FAQ ~ About Enrollment at Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) UUM

NO.

  QUESTION

 ANSWER

1.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan pengajian pasca siswazah (Master / PhD)?

How can I apply for postgraduate study (Master / PhD)?

Permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian dengan melayari laman web berikut :

https://apply.uum.edu.my/onlineapp/app_login.aspx 

Untuk makluman lanjut program-program yang ditawarkan di bawah Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), anda boleh mendapatkan info di laman web rasmi GSGSG iaitu : http://gsgsg.uum.edu.my/ 

You can apply through online application by the following link : https://apply.uum.edu.my/onlineapp/app_login.aspx  

 

For more information regarding postgraduate programmes under Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), please visit the official GSGSG website : http://gsgsg.uum.edu.my/  

2.

Bolehkan permohonan pascasiswazah dibuat secara borang manual?

Can the application for postgraduate study be made manually?

Tidak boleh. Hanya permohonan kemasukan secara online sahaja diterima.

No. Only online application is accepted.

3.

Berapa lamakah proses permohonan saya akan diluluskan?

How long will it take for my application to be processed?

Permohonan secara penyelidikan proses permohonan adalah selama sebulan, manakala permohonan secara mixed-mode dan kerja kursus mengambil masa selama dua (2) minggu.

Application for research mode will take one month, while mixed mode and coursework mode will take two (2) weeks.

4.

Bagaimanakah saya ingin mengetahui status terkini permohonan 'online'?

How can I know my latest online application status?

Status permohonan boleh diketahui dengan akses ke dalam system permohonan online (https://apply.uum.edu.my/onlineapp/app_login.aspx); laman web yang sama semasa anda membuat permohonan kemasukan.

Application status is accessible online via: (https://apply.uum.edu.my/onlineapp/app_login.aspx); the same website as the application.

5.

Bila saya dijangka akan mendapat surat tawaran selepas permohonan dibuat?

When can I expect to get the offer letter after applying?

Surat tawaran akan diproses dan dihantar dalam tempoh satu hari kepada pemohon selepas kelulusan perakuan diperolehi daripada Pusat Pengajian yang berkenaan.

Offer letter will be processed and send within one day to the applicant upon confirmation from the respective School.

6.

Perlukan saya menghantar dokumen 'hardcopy' selepas membuat permohonan secara 'online'?

Do I need to submit the hardcopy of my documents after applying online?

Pemohon tidak perlu menghantar borang/dokumen 'hard copy' kerana semua dokumen perlu dimuatnaik semasa permohonan online dilaksanakan. Kegagalan memuat naik dokumen menyebabkan permohonan anda di status 'Pending'.

Applicants are not required to send any hardcopy of the form / documents as the documents are uploaded online. Failure to upload the documents will cause your application to have pending status.

7.

Berapakah jumlah wang proses yang perlu dibayar? 

How much is the processing fees?

Jumlah wang proses adalah sebanyak RM100 (untuk pemohon Malaysia), USD35 @ RM125.00 (Pemohon dari Negara Asia); USD50 @ RM175.00 (pemohon dari Negara Bukan Asia) dan bukti bayaran perlu dimuatnaik di dalam permohonan 'online' tersebut.

The total amount of processing fee is RM100 (for local applicants), USD35 @ RM125 (for Asian applicants); USD50 @ RM175 (for non-Asian applicants) and the proof of payment should be uploaded to the online application.

8.

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran bagi wang proses tersebut? Adakah boleh dibayar secara tunai?

How to make the processing fees payment?

Can I pay by cash?

Cara pembayaran yuran proses adalah seperti berikut:

1. Bayaran secara Online boleh klik link berikut:

http://e-com.uum.edu.my/home.aspx 

i)            Untuk pengguna Mastercard/Visa - pilih mod bayaran secara kredit kad;

    atau    

ii)           FPX-jika anda adalah pengguna perbankan internet. 

2. Semua cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - guna Bill Payment Slip - masukkan payee code 340 dalam kolum bayaran di dalam slip bayaran

3. Money Order atas nama Bendahari Universiti Utara Malaysia.

Processing fee payment methods are as follows:

 

1.  for online payment, please click the following link:

 

http://e-com.uum.edu.my/home.aspx 

 

i)            for Mastercard/Visa - choose credit card as payment mode, or

 

ii)           FPX- if you are using online banking.

 

2. for payment over Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) counter- use Bill Payment Slip - write 340 as the payee code at the payment column in the slip.

 

3. for Money Order payment should be made to Bendahari Universiti Utara Malaysia.

9.

Bilakah permohonan pada semester akan datang akan dibuka dan ditutup?

When is the opening and closing date for the upcoming semester application?

Tarikh tutup permohonan online Kemasukan ke Program Pascasiswazah adalah seperti berikut:

                                Bulan terakhir permohonan (Mengikut Kategori Pemohon)

Sesi Kemasukan

                                      Warganegara                         Bukan Warganegara

Januari                          November                              Oktober

Mei                                Mac                                        Februari

September                    Julai                                        Jun

Closing date for online application is as the following:

 

Final month of application (according to applicants' category)

 

Intake Session

 

                                     Local                                      International

January                        November                              October

 

May                              March                                     February

 

September                   July                                        June

10.

Perlukah penyata bank dimuatnaik? Sekiranya tidak, bolehkah permohonan tersebut diproses?

Is uploading the bank statement necessary? If it is not uploaded, can the application be processed?

Penyata bank adalah wajib dimuat naik bagi melengkapkan permohonan anda. Kegagalan memuat naik turun dokumen menyebabkan permohonan anda di status 'Pending'.

It is compulsory to upload the bank statement to complete your application. Failure to upload the document, will cause your application to have pending status.

11.

Keputusan keseluruhan CGPA saya adalah di bawah syarat kemasukan, bolehkah saya memohon berdasarkan pengalaman kerja sahaja?

My CGPA is below the admission's requirement, can I apply based on my working experience only?

Ya, boleh. Pengalaman kerja berkaitan boleh dipertimbangkan untuk diambil kira bagi penambahan CGPA.

Yes. Related working experience can be considered for CGPA addition.

12.

Sekiranya saya mempunyai masalah berkaitan permohonan 'online', dengan siapakah yang boleh saya rujuk?

If I have difficulties with my online application, to whom can I refer?

Anda boleh menghubungi UUMIT di talian +604-928 6666 untuk bantuan teknikal berkaitan permohonan online.

You may contact UUMIT at +604 928 666 for technical assistance regarding online application.

13.

Dimanakah saya perlu merujuk senarai nama program yang ditawarkan oleh GSGSG?

Where can I refer to get the list of programmes offered by GSGSG?

Untuk makluman lanjut program-program yang ditawarkan di bawah Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), anda boleh mendapatkan info di laman web rasmi GSGSG iaitu: http://gsgsg.uum.edu.my/ 

To get more information on programmes offered by Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), you can browse the official GSGSG website: http://gsgsg.uum.edu.my/ 

14.

Berapa kali pengambilan pelajar dalam setahun? 

How many times are the students' intake in a year?

Untuk pelajar pascasiswazah, UUM melaksanakan pengambilan pelajar sebanyak tiga kali (pada bulan Januari, Mei dan September) setiap tahun.

For postgraduates, UUM offers three admissions (January, May and September) every year.

15.

Bolehkah pemohon yang bukan warganegara memohon belajar secara separuh masa?

Can non-citizen apply for part-time study mode?

Tidak boleh. Hanya Mod Sepenuh Masa sahaja ditawarkan untuk pelajar bukan warganegara.

No. Only Full Time Mode is offered for non-citizen.

16.

Jika mempunyai pas bekerja di Malaysia, adakah saya layak memohon di UUMKL atau Sintok secara separuh masa?

If I have a Malaysian working pass, am I eligible to apply in UUMKL or Sintok as a part-time student?

Ya, boleh. Permohonan tersebut tertakluk kepada peraturan semasa Universiti dan pihak berkuasa Malaysia yang terlibat.

Yes. The application is subject to the current University rule and the related Malaysian authority.

17.

Jika saya tidak mempunyai sijil MUET/IELTS/TOEFL, bolehkan saya memohon untuk sambung belajar di UUM?

If I do not possess MUET/IELTS/TOEFL certificate, am I eligible to apply to further my study in UUM?

Boleh.

Yes.

18.

Adakah saya perlu mencari penyelia dahulu sebelum saya memohon untuk kemasukan ke program PhD atau Ijazah Sarjana secara penyelidikan?

Do I need to find a supervisor before applying for a PhD or master's programme?

Tidak perlu. Penyelia akan diberikan kepada pemohon berkenaan berdasarkan kepada bidang kajian pemohon.

No. Supervisor will be appointed according to the applicant's field.